Salam hormat,
Saya ingin merakamkan pengalaman saya menggunakan baja ini untuk tanaman keledek. Saya kurang pasti keledek ini variety apa, tetapi ia adalah merupakan keledek biasa yang berisi putih-kekuningan. Hasil keledek diperolehi setelah menanam keledek ini selama hampir 6 bulan.
Tapak di mana tanaman keledek ini dilakukan juga bukanlah merupakan tapak yang mempunyai kualiti tanah yang subur. Sebelum ini kawasan berkenaan adalah dipenuhi dengan lalang sahaja.
Setelah diterangkan tapak, saya cangkul dahulu untuk mengemburkan tanah dan memudahkan saya membuat batas. Di tengah-tengah batas ini saya gali longkang kecil untuk dimuatkan baja organik tadi. Setelah diisi baja saya kambus semula longkang yang berisi baja ini, dan sedia untuk di tanam.
Longkang kecil ditengah batas
Isikan baja organik ke dalam longkang kecil
Kira-kira sebulan, saya perhatikan keledek yang ditanam hidup dengan subur. Ia terus berkembang sekeliling batas .
Setelah kira-kira 6 bulan, saya mengambil keputusan untuk mengali keledek ini untuk memungut hasilnya. Saya agak terpegun juga melihatkan hasilnya yang banyak dan saiz keledek yang besar-besar.
Keledek Yang Dihasilkan
Baru-baru ini saya mencuba dua batas untuk ditanam keledek. Satu daripada batas ini tidak diletakkan baja organik. Saya perhatikan, tanpa baja organik pertumbuhan keledek terlalu perlahan dan ada keratan yang mati.
Jadi saya berpuas hati dengan kesan penggunaan baja organik ini, dan kini saya terus mengembangkan penggunaanya ke tanaman-tanaman lain, seperti kacang panjang, kacang botol, cili, kacang bunchis dan tomato.
Skian
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Monday, October 28, 2013
Thursday, January 10, 2013
PROSES MEMBUAT BAJA ORGANIK
Salam Sejahtera,
Halaman kali ini akan menceritakan bagaimana baja organik ini disediakan diperingkat ladang. Terdahulu saya menyatakan baja ini adalah hasil samping sebuah projek feedlot lembu pedaging.
Bermula dengan pemotongan rumput, untuk diberikan kepada ternakan lembu yang sedang digemukkan.
Di dalam kandang ternakan ini telah diletakkan habuk kayu gergaji, kapor dan EM ( Effective Microorganisms ). Ternakan lembu disamping membuangkan tinjanya, ia juga membuang air kencing ke dalam kandang. Perjalanan ternakan di dalam kandang ini tidak secara langsung megaul kesemua bahan-bahan tadi.
Untuk makluman anda, lembu-lembu ini tidur di atas tinja merka, tetapi tinja ini tidak berbau. Kita perhatikan badan ternakn yang tidur di dalam kandang ini berkeadaan bersih, termasuk anak-anak lembu juga.
Setelah beberapa bulan , dimana kelihatan ketinggian baja terkumpul mencecah setinggi satu kaki, maka ternakan di asingkan. Baja dipungah dan di hantar ke pusat penapaian, untuk beberapa bulan lagi.
Di dalam proses penapaian, baja ini masih panas dan ia dibalik-balikkan dari masa ke semasa, sehingga tidak panas lagi. Apabila sampai ke tahap ini, bermakna baja ini telah siap untuk digunakan.
Kemudian baja sedia untuk dibekalkan.
Skian,
Dr Azizol Mohd Sharun

Subscribe to:
Posts (Atom)