Thursday, January 10, 2013

PROSES MEMBUAT BAJA ORGANIK

Salam Sejahtera,

Halaman kali ini akan menceritakan bagaimana baja organik ini disediakan diperingkat ladang. Terdahulu saya menyatakan baja ini adalah hasil samping sebuah projek feedlot lembu pedaging.

Bermula dengan pemotongan rumput, untuk diberikan kepada ternakan lembu yang sedang digemukkan.







Di dalam kandang ternakan ini telah diletakkan habuk kayu gergaji, kapor dan EM ( Effective Microorganisms ). Ternakan lembu disamping membuangkan tinjanya, ia juga membuang air kencing ke dalam kandang. Perjalanan ternakan di dalam kandang ini tidak secara langsung megaul kesemua bahan-bahan tadi.





Untuk makluman anda, lembu-lembu ini tidur di atas tinja merka, tetapi tinja ini tidak berbau. Kita perhatikan badan ternakn yang tidur di dalam kandang ini berkeadaan bersih, termasuk anak-anak lembu juga.

Setelah beberapa bulan , dimana kelihatan ketinggian baja terkumpul mencecah setinggi satu kaki, maka ternakan di asingkan. Baja dipungah dan di hantar ke pusat penapaian, untuk beberapa bulan lagi.



Di dalam proses penapaian, baja ini masih panas dan ia dibalik-balikkan dari masa ke semasa, sehingga tidak panas lagi. Apabila sampai ke tahap ini, bermakna baja ini telah siap untuk digunakan.





Kemudian baja sedia untuk dibekalkan.



Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment